Monday, August 31, 2009

PEMBUANGAN BAYI..APA KESUDAHANNYA??

Mengikut kajian, jenayah pembuangan bayi terjadi akibat daripada amalan seks bebas sebelum berkahwin, terlanjur dalam hubungan cinta dan institusi keluarga yang bermasalah. Mereka yang terlibat terpaksa membuang bayi akibat terdesak, malu, takut, dan kesan yang bakal mereka tanggung.






PANDANGAN TERHADAP PENGUGURAN DAN PEMBUANGAN BAYI



Penguguran seperti yang di jelaskan membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (9 bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. isu yang ingin kami tekankan ialah adakah wajar untuk kita membunuh nyawa yang tidak berdosa? Apakah hak kita untuk menghukum mereka?






Hentikan kekejaman ini!!




Poster 1



Imej yang ada pada poster di atas menunjukkan bahawa individu yang menghadapi tekanan impak daripada pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Pelaku akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan, resah, dan rasa bersalah dalam diri mereka. Imej tangan yang berbentuk hati melambangkan kasih sayang seorang ibu memikul tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak . Manakala imej bayi membawa maksud ketenangan bayi di dalam kandungan. Bayi ini seharusnya di sayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang agar kita dapat menghasilkan generasi baru yang berperikemanusiaan sekaligus meningkatkan akhlak mereka. Imej janin yang menyayat hati menggambarkan perilaku manusia yang terkutuk!!!. Binatang juga manyayangi anaknya inikan pula kita manusia yang ada hati dan perasaan. Haruskah perkara ini berlaku? Tepuk dada tanya iman.






Poster 2




Perkataan "Sayangi Daku" yang terdapat di dalam poster di atas adalah untuk menggambarkan perasaan bayi yang memohon atau merayu supaya di sayangi dan di hargai seperti insan-insan lain. Penggunaan warna merah adalah sebagai penegasan terhadap isu yang dipertengahkan. Imej bayi menangis menunjukkan kesedihan terhadap perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Terdapat empat bulatan sebagai simbol titisan air mata yang mengalir akibat tanpa belas kasihan ibu atau pasangan yang terbabit yang sanggup membuang bayi mereka di dalam tong sampah, semak, dan di tepi sungai. Manakala empat imej keadaan bayi yang menghayat hati di masukkan ke dalam bulatan tersebut adalah untuk menunjukkan sikap manusia sekarang yang tidak berperikemanusiaan.

Imam Al-Ghazali berkata: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa.”



Poster 3



Poster 3 mempunyai sembilan gambar kecil mimik muka bayi yang berlainan. Insan kecil ini seperti kita juga ada perasaan . Adakah anda terfikir apa mimik muka bayi ini apabila anda membuang dan meninggalkan bayi begitu saja? Adakah saat itu insan kecil ini mati dalam kesesakan nafas ataupun mati dalam kegembiraan? "Anda fikir-fikirkanlah apa mimik muka bayi tersebut dalam saat tersebut?" Tedapat lima gambar bayi yang dibuang dan mati disebabkan sikap pelaku tersebut yang tidak mempunyai nilai kasih sayang dan bertanggungjawab dalam hati. Terdapat lima gambar yang menunjukkan pembuangan bayi di lokasi berlainan .Seperti, dalam kotak yang telah ditutup, hutan, tempat buang sampah dan kawasan yang jarang orang. Pelaku berbuat demikian kerana ingin mengambil langkah mudah dalam melakukan "pembunuhan" bayi secara sembunyi . Tolonglah! hargai insan kecil bernyawa ini yang tidak tahu apa-apa dan belum tahu apa itu erti kehidupan kerana insan ini masih berjiwa mentah lagi. Bayi ini juga berperasaan. Jelas sekali poster 3 ini menyampaikan masej bahawa bayi mempunyai perasaan seperti kita melalui aksi mimik muka bayi tersebut.


Tepuk dada tanya diri bagi anda yang telah bersusahpayah mengandung tetapi keputusan akhirnya ialah membuang bayi selepas dilahirkan. Ada terfikir dosa tersebut adalah satu jenayah membunuh jiwa insan kecil ini kah? Bayi kecil ini seperti kita juga berperasaan.