Monday, August 31, 2009

PEMBUANGAN BAYI..APA KESUDAHANNYA??

Mengikut kajian, jenayah pembuangan bayi terjadi akibat daripada amalan seks bebas sebelum berkahwin, terlanjur dalam hubungan cinta dan institusi keluarga yang bermasalah. Mereka yang terlibat terpaksa membuang bayi akibat terdesak, malu, takut, dan kesan yang bakal mereka tanggung.






PANDANGAN TERHADAP PENGUGURAN DAN PEMBUANGAN BAYI



Penguguran seperti yang di jelaskan membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (9 bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. isu yang ingin kami tekankan ialah adakah wajar untuk kita membunuh nyawa yang tidak berdosa? Apakah hak kita untuk menghukum mereka?






Hentikan kekejaman ini!!




Poster 1



Imej yang ada pada poster di atas menunjukkan bahawa individu yang menghadapi tekanan impak daripada pembuangan bayi dalam kalangan remaja. Pelaku akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan, resah, dan rasa bersalah dalam diri mereka. Imej tangan yang berbentuk hati melambangkan kasih sayang seorang ibu memikul tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak . Manakala imej bayi membawa maksud ketenangan bayi di dalam kandungan. Bayi ini seharusnya di sayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang agar kita dapat menghasilkan generasi baru yang berperikemanusiaan sekaligus meningkatkan akhlak mereka. Imej janin yang menyayat hati menggambarkan perilaku manusia yang terkutuk!!!. Binatang juga manyayangi anaknya inikan pula kita manusia yang ada hati dan perasaan. Haruskah perkara ini berlaku? Tepuk dada tanya iman.






Poster 2




Perkataan "Sayangi Daku" yang terdapat di dalam poster di atas adalah untuk menggambarkan perasaan bayi yang memohon atau merayu supaya di sayangi dan di hargai seperti insan-insan lain. Penggunaan warna merah adalah sebagai penegasan terhadap isu yang dipertengahkan. Imej bayi menangis menunjukkan kesedihan terhadap perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Terdapat empat bulatan sebagai simbol titisan air mata yang mengalir akibat tanpa belas kasihan ibu atau pasangan yang terbabit yang sanggup membuang bayi mereka di dalam tong sampah, semak, dan di tepi sungai. Manakala empat imej keadaan bayi yang menghayat hati di masukkan ke dalam bulatan tersebut adalah untuk menunjukkan sikap manusia sekarang yang tidak berperikemanusiaan.

Imam Al-Ghazali berkata: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa.”



Poster 3



Poster 3 mempunyai sembilan gambar kecil mimik muka bayi yang berlainan. Insan kecil ini seperti kita juga ada perasaan . Adakah anda terfikir apa mimik muka bayi ini apabila anda membuang dan meninggalkan bayi begitu saja? Adakah saat itu insan kecil ini mati dalam kesesakan nafas ataupun mati dalam kegembiraan? "Anda fikir-fikirkanlah apa mimik muka bayi tersebut dalam saat tersebut?" Tedapat lima gambar bayi yang dibuang dan mati disebabkan sikap pelaku tersebut yang tidak mempunyai nilai kasih sayang dan bertanggungjawab dalam hati. Terdapat lima gambar yang menunjukkan pembuangan bayi di lokasi berlainan .Seperti, dalam kotak yang telah ditutup, hutan, tempat buang sampah dan kawasan yang jarang orang. Pelaku berbuat demikian kerana ingin mengambil langkah mudah dalam melakukan "pembunuhan" bayi secara sembunyi . Tolonglah! hargai insan kecil bernyawa ini yang tidak tahu apa-apa dan belum tahu apa itu erti kehidupan kerana insan ini masih berjiwa mentah lagi. Bayi ini juga berperasaan. Jelas sekali poster 3 ini menyampaikan masej bahawa bayi mempunyai perasaan seperti kita melalui aksi mimik muka bayi tersebut.


Tepuk dada tanya diri bagi anda yang telah bersusahpayah mengandung tetapi keputusan akhirnya ialah membuang bayi selepas dilahirkan. Ada terfikir dosa tersebut adalah satu jenayah membunuh jiwa insan kecil ini kah? Bayi kecil ini seperti kita juga berperasaan.

48 comments:

  1. apa salah mereka shgga mreka diseksa begini...

    ReplyDelete
  2. pd pendapat sy pembuangan bayi sememangnya brlaku sjak dlu lgi...jdi sy berhrp agar poster kmu dpt memberi kesan kepada semua masyarakat terutama gadis2 yng bru mengenal erti kehidupan sebenar.

    ReplyDelete
  3. saye nk komen tntg poster 1:rsanye tngn bntuk hati 2 tk berape sesuai.nmpak mcm bayi tu tersepit n mennjukkn bayi 2 kesempitan n trseksa.cba ltk gmbar hati y sbnar r tgn y sdng menadah sprti sdg mndoa.dptlah lhat y kita menatang bayi 2 dgan ksh syng n agama y sckpnya.poster2:ok.Poster 3:nmpak cam serabut.gmbar2 y bersepah tu wat audience keliru n celaru tok lihatnya.ape kata gmbar anak2 y kecil tu disusun mnjadi 1 figura baby.jdi die nmpak tersusun n menarik n audience dpt mlhat lebih terperinci lagi.sekali gus msge sayangi daku itu akn dpt smpai di jiwa manusia y melihatnya.SEKIAN....SAYANGILAH ANAK2 ANDA,KERANA MEREKALAH HARTA YANG BEGITU BERNILAI DARI ALLAH SWT...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....

    ReplyDelete
  4. Salam:nk tnya?kenapa poster nie x selitkan sedikit tentang hukuman yang harus dberikan keats psalah tersbut bg mmberi ksdran?pnpat jer.

    ReplyDelete
  5. poster ini bagus..memberitahu tentang masalah masayarakat hari ini...

    ReplyDelete
  6. wah...unblieveable, what a creative poster...
    its vry vry good ^^hahahha...
    keep going ~~~

    ReplyDelete
  7. but i perceived the baby is sadness and pity
    i....i...i.....crying~~~~~

    ReplyDelete
  8. kalau tak nak bayi sendiri, kenapa nak mengandung...
    memang kejam ni...
    poster ni memberi amaran kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab...
    saya harap semua orang jangan melakukan perbuatan ini lagi...

    ReplyDelete
  9. sayu..sayu..sayu..syngilah mereka kerana mereka tidak berdosa dan mereka mahu juga mengenali apa itu dunia dan apa yang terdapat di dunia..bg saya poster no.2 lebih memberi kesan kepada saya kerana kita dapat lihat bagaimana bayi2 tersebut dibunuh oleh ibubpanya dgn menbuang mereka dimerata tempat..tak sanggup saya melihat bayi MENITISKAN AIR MATA!!!! SAYANGILAH MEREKA!!!

    ReplyDelete
  10. salam..bg pendpt sya poster 1 dan 2 dpt menyampaikan mesej keinsafan kpd sya ttp poster 3 kurang penyampaian mesejnya kerana penggunaan imej mimik muka bayi krang bersesuaian utk djdkan bground..andaikan jika imej bayi yg difokuskn dibuang dan hnya tggl bground poster apa pndngan masyarakat ttg poster?? mesti masyarakat beranggapan ini adalah poster bby cute.. fikir dan renung2knlah..

    ReplyDelete
  11. 2 cu.ai=)terima kasih atas cdangan yg anda berikan..sgala cdngan anda kmi terimanya dngn ati terbuka..kmi akn brusaha untk membaiki kelemahan yg ada pd poster2 kmi..kmi bhrap anda akan trus menyokong dan mbantu kami mprjuangkn isu yg kmi kemukakn ini..ANAK2 ADALAH HARTA YANG BERNILAI DR ALLAH S.W.T UTK INSAN2 TRPILIH..TIDAK SEMUA MAMPU MEMILIKINYA...JADI HARGAILAH MEREKA..=P

    ReplyDelete
  12. salam..setiap pkra ada kelebihan dan ada kelemahan..terima kasih legendaz46 kerna sudi membntu kmi mncri dan mmbaiki klemahan tersebut..=)

    ReplyDelete
  13. ya hafiz..tepuk dada tnya iman!!!
    berdosakah bayi2 ini??
    patutkah mereka dilayan sebegini??
    BERILAH PELUANG KEPADA MEREKA UNTUK HIDUP!!!

    ReplyDelete
  14. Tq..Chia Chia Teo..=) sokongn anda amat kmi hargai...semoga poster ini dpt beri kesedaran pd masyarakat sekeliling..

    ReplyDelete
  15. betul 2 miki...
    seharusnya kita befikir dahulu sblum melakukan sesuatu pkra.. jngn biar org yg tidak bdosa menanggung akibatnya..sma2lah kita brjuang menegakkan keadilan..

    ReplyDelete
  16. thankz kim...
    untuk pengetahuan anda imej yang terdapat didlm poster2 diatas adalah keadaan sebenar di mna bayi2 tersebut dibuang oleh ibubpa mereka yg tidak bertanggungjwab..betapa kejamnya mnusia skrang..prbuatan mereka bgaikan tiada akidah didlm khidupan..hrap poster2 ini dpt mberi ksedaran kpd mereka..

    ReplyDelete
  17. ermm..tima kasih naddya kerana sudi membantu kmi mncri kelemahan yg ada pd poster kmi.. kmi akan berusaha mmbaikinya sebaik mungkin..=)

    ReplyDelete
  18. firman Allah SWT..
    "sesiapa yang membunuh seseorng mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, dia kekal didalamnya dan Allah murka kepadanya, melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar" (surah an-Nisa: ayat 93)....

    ReplyDelete
  19. Hanya orang yang tidak beriman akan membuang dan bertindak zalim. Selalunya manusia yang terdesak sahaja akan bertindak begini, terutama jika anak tersebut hasil hubungan terlarang.. Masalah kebebasan sosial tanpa sempadan mendorong peningkatan masalah ini dan akan terus berlaku jika tiada usaha yang bersungguh daripada semua pihak untuk membenterasnya.Waulahualam..

    ReplyDelete
  20. terima kasih atas perkongsian anda..teruskan memberi saranan yang membina kepada kami

    ReplyDelete
  21. kita sepatutnya mengurangkan perkara kejam yang sebegini dalam kalangan masyarakat kini melalui poster yang dapat memberi kesedaran...

    ReplyDelete
  22. betul.kami setuju dengan pandangan lee, kami juga berharap agar poster seperti ini juga dapat memberi impak yang positif ke arah membendung gejala ini daripada terus berleluasa..

    ReplyDelete
  23. SALAM...Alhamdulillah syukurlah anda mengeluarkan atau mengetengahkan isu ini..kerana di zaman ini terlalu banyak kes2 seperti itu...sy sedih melihat bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman oleh dua manusia yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap bayi tersebut..mereka hanya tahu berseronok melakukan maksiat itu tanpa melihat kesan yang mereka akan hadapi kelak..oleh itu,di harapkan dengan anda mengetengahkan isu ini di blog anda,dapatlah memberi kesedaran kepada sesiapa yang membacanya."ALLAH itu maha melihat dan akan membalas segala perbuatan hambanya".sekian wassalam.

    ReplyDelete
  24. Salam..

    "isu yang ingin kami tekankan ialah adakah wajar untuk kita membunuh nyawa yang tidak berdosa? Apakah hak kita untuk menghukum mereka?"

    Tanpa berfikir panjang, kita semua tahu bahawa kita sama sekali tidak berhak utk menghukum bayi yang tidak berdosa ini tetapi dek pendeknya fikiran dan bertindak berdasarkan keputusan sendiri maka berlakulah seperti demikian.

    Kita hanya boleh menyeru agar 'pembunuhan' ini dihentikan tetapi semuanya terpulang kepada 'mereka' yang melakukannya.

    Tahniah utk blog ini.

    Gud luck..

    ReplyDelete
  25. terima kasih atas komen yang diberikan
    bersamalah kita membendung gejala ini daripada terus berleluasa...

    ReplyDelete
  26. haloo.. mm tentang poster korang ni.. rasanya ok juak la..

    ReplyDelete
  27. salam..sayangidaku teruslah usaha anda untuk membendung gejala ini drpd berterusan blaku.. mengikut statistik pembuangan bayi skrang ini semakin meningkat..sy harap poster ini dpt mmberi kesdran kepada generasi kita yg semakin hilang akidahnya..goodluck

    ReplyDelete
  28. berani buat berani tanggung...jangan tambahkan beban lagi..bela..bayi itu ada hak untuk hidup..
    jaga zuriat kita jgn jadi syaitan...

    ReplyDelete
  29. Memang betul2 kejam manusia yg melakukan pembuangan bayi nie...kalau dah tak mahu menerima tanggungjawab sebelum berkahwin buat apa gatal2 buat perkara terkutuk tue!Ini tidak hanya berani buat untuk keseronokan dan memuaskan nafsu sahaja....insaflah wahai umat manusia yg melakukan perbuatan terkutuk ini kerana bayi itu makhluk tuhan yg suci jika tidak inginkannya janganlah lakukannya kerana membunuh itu dosa besar dan berat balasannya.....marilah kita sama2 membendung gejala yg tidak sihat ini dikalangan remaja kite kini...

    ReplyDelete
  30. jahil tentang hukum hakam agama.. tu laa punca utama menda2 tak bermoral macam ni berlaku..

    lagi satu.. di negara ni.. berapa ramai dah bayi yang dijumpai dalam keadaan sebegini.. tapi apa tindakan yang di ambil? yang kita tahu berita mengenai penemuan mayat bayi tapi kesudahan pada yang membunuh bayi tersebut..?

    sampai sekarang perkara ni masih berleluasa..

    bagus isu ni.. sekurang-kurangnyerr insan2 yang melakukannyerr akan membaca dan akan timbul keinsafan di hati mereka..

    kita doakan saja agar perkara sebegini mendapat balasn setimpal. mungkin tidak di dunia ini.. tapi di ALAM SANA..

    :(

    ReplyDelete
  31. Tahniah kepada Blog Sayangi Daku kerana mengupas tentang kisah ini.
    Semoga warga Sayangi Daku akan terus menerus mengupas tentang gejala yang menjauhi nilai kemanusiaan di alam sejagat ini.

    Semoga terus sukses dan cemerlang.

    Blog Sayangi Daku seharusnya dikunjungi oleh mereka yang bergiat cergas menjalankan aktiviti ini.

    Kuatkan iman dan terus bersandar kepadaNYA.

    ReplyDelete
  32. terima kasih atas semua saranan yang diberikan, semoga poster yang kami hasilkan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran dalam diri setiap individu agar menghindarkan diri mereka daripada turut terjebak...

    ReplyDelete
  33. Salam..

    Syabas! Usaha terpuji yg sangat bagus... diharap saudari tidak berputus asa utk mmberi kesedaran kpd remaja2 di luar sana agar menghindarkan diri dari seks luar nikah...

    dan kalau boleh, dedahkan sekali apa hukuman2 setimpal sekiranya mereka ditangkap.. dan apa jua hukuman2 yg bakal mereka terima di akhirat kelak kerana membunuh..

    Pasti ini akan memberi kesan yg mendalam dan mereka akan berasa takut utk melakukan dosa yg tidak berperikemanusiaan ini..

    Teruskan usaha murni saudari.. saya akan sentiasa menyokong dari belakang.... :)

    ReplyDelete
  34. keep going..
    permulaan yang baik..
    selitkan ayat2 alquran..
    kes2 yang berkaitan..
    hukuman2 di dunia dan akhirat..
    Anak adalah anugerah..dan setiap nyawa yang Allah berikan itu sangat berharga..setaip anak itu hadir bersama sejuta rahmat dari Allah..
    keep up d gud works guys!

    ReplyDelete
  35. tahniah di atas usaha murni ini....semoga 'mereka' yg berkenaan akan sedar dan insaf hendaknya...

    hidup kalau tidak berpegang pada agama gini lah jadinya....sangat sedih dan bersimpati dengan nasib bayi-bayi malang ini...

    satu cadangan saya, masukkan juga rumah2 kebajikan atau kaunselor yg boleh dikunjungi oleh 'mereka' yg telah terjebak agar nyawa anak2 kecil ini dapat diselamatkan...bukan bertujuan menggalakkan kes mengandung luar nikah, tapi dengan harapan nyawa bayi kecil tidak dijadikan taruhan...

    ReplyDelete
  36. Salam Penulis..
    Saya menyokong niat murni penulis mendedahkan gejala yang seolah menjadi kebiasaan 'mereka' yang semakin surut nilai perikemanusiaannya.

    Terus berkarya.

    Semoga karya ini akan menjadi suluh mereka yang semakin terpesong dari jalan kebenaran.

    ReplyDelete
  37. poster yang ditayangkan tersebut merupakan satu usaha membanteras Kegiatan pembuangan Bayi walaupun blog ini tercipta daripada pelajar FSGK, UNIMAS.Saya amat terharu disebabkan masih ada masyarakat masih mengambil berat kegiatan sosial negara manakala tentang grafik poster tersebut memang kreatif dan berwawasan serta membawa maksud tersirat yang dapat menyedar golongan masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, pada pendapat saya, poster tersebut boleh dikatakan cemerlang dari segi rekaan serta grafik. kekurangan elemen dalam poster tersebur adalah penggunaan slogan yang terhad. Contoh slogan yang baik adalah seperti 'perbuatan anda kemungkinan membawa padah'.

    ReplyDelete
  38. Tajuk ini memang membawa erti yang besar kerana ia dapat membawa kesedaran tentang kepentingan nyawa terutamanya nyawa babi yang tidak berdosa kepada orang ramai. pembuangan babi memang berleluasan pada masa kini, dengan poster ini haraplah dapat membawa kesedaran kepada orang ramai dan mengurangkan kes sedemikian! Tetapi, pada pandangan saya, slogan yang digunakan memang simple dan tidak "tegas"..saya cadangkan slogan seperti.."PEMBUANGAN BABI BERDOSA BESAR" .

    ReplyDelete
  39. kami amat terharu dan berterima kasih atas sokongan yang telah diberikan..

    ReplyDelete
  40. terima kasih atas komen yang telah diberikan oleh saudara jimmy..
    kami akan berusaha meningkatkan lagi hasil kerja kami pada masa yang akan datang:)

    ReplyDelete
  41. salam perkenalan dan ziarah

    prefer poster 1...

    manusia boleh menjadi lebih kejam dari binatang atau lebih baik dari malaikat...
    pilihan di tangan kita

    ReplyDelete
  42. Pembuangan Bayi atau pengguguran anak memang perbuatan yang zina tanpa mengira mana-mana bangsa atau apa-apa sebab.Setiap ibu bapa mempunyai hak melindungi anak kandungan sendiri.Hukuman berat sepatutnya diberi bagi mereka yang berbuat zina macam tu.

    Bagi poster yang diberi,photonya jelas memberi ransangan kepada setiap insan untuk menyedari pentingnya nyawa-nyawa setiap makhluk.Cuba fikir,sekiranya sejak anda dilahir atau dalam kandungan,ibu bapa buat perkara seperti yang poster show up,what is ur feeling????
    sedar diri....

    ReplyDelete
  43. salam awak sy ambik poster awak ni boleh? nk bt asgmnt.

    ReplyDelete
  44. pada si lelaki pun..pandai2lah tgjwbkan...
    jgn biarkan wanita lemah mcm ni je,jgn pandai makan je..

    ReplyDelete
  45. Saya ingin mwmberikan komen tentang poster ketiga...saya amat kecil hati apabila melihat sikap manusia yang tidak mempunyai perasan kasih sayang...dan sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa....orang2 spt ini perlu di beri hukuman yang berat....sedarlah....FIKIR SEBELUM BERTINDAK...

    ReplyDelete